Keratan siaran online DE |
KOTA KINABALU: Langkah mantan Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Petagas meninggalkan parti tidak menjejaskan sokongan parti itu kepada calon GRS-BN Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu berkata, Bahagian STAR Petagas juga belum bubar dan akan disusun semula untuk memilih kepimpinan baharu selepas PRU15.
“Saya telah menerima perletakan jawatan dari tiga pemimpin STAR Bahagian Petagas,” kata Linggu merujuk siaran akhbar tempatan pada Rabu.
Linggu menyatakan perletakan jawatan itu diterima dari Sidnan Musi, Saruji Anuar dan Russ Liman yang sebelum ini masing-masing memegang jawatan ketua, timbalan dan ketua wanita.
Dalam siaran akhbar, Sidnan dipetik sebagai
mengumumkan pembubaran STAR Petagas untuk mengalih sokongan kepada calon
saingan GRS-BN.