PIRUS |
TENOM: Penaja cawangan Parti Warisan Sabah Kg Uloi
Tengah di sini merayu Ketua Bahagian Datuk Peter Anthony untuk mencari
penyelesaian berkaitan isu pengguguran sebagai ketua cawangan digantikan dengan
orang lain dari luar kampung berkenaan.
Pirus Ngalakon yang menjadi penaja cawangan berkenaan
berkata pihaknya telah menyempurnakan butiran penubuhan cawangan itu sebelum
pelancaran majlis di Kg Liuh Lagud pada 16 Julai 2019.
“Namun kami terkejut kerana dalam perjumpaan di Rumah
Kebudayaan Murut 9 Julai lalu pihak kami dimaklumkan bahawa cawangan berkenaan
telah diberikan kepada seseorang yang lain sebagai ketua,” katanya.
Pirus menyatakan pihaknya agak terkilan kerana tiada
sebarang makluman diberikan sebelum itu, malahan tiada sebarang perundingan
diadakan berkaitan pergantian ketua cawangan.
Pirus menegaskan pihaknya hanya mahu cawangan
berkenaan diketuai oleh penduduk jati kampung berkenaan kerana lebih memahami
keperluan kebajikan penduduk.
No comments:
Post a Comment