Monday, April 26, 2021

Setiausaha Agung STAR penuhi merit pelantikan Senator, Timbalan Menteri

STEPHEN

KOTA KINABALU: Pelantikan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Guan Dee Koh Hoi sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan adalah memenuhi merit Dewan Negara dan Kabinet Malaysia.

Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo berkata, malahan pelantikan tersebut meletakkan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai amat peduli terhadap penyertaan golongan etnik minoriti dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

“Datuk Guan Dee yang berketurunan Sino Tatana tidak mewakili etnik majoriti di kawasan Parlimen Beaufort yang pernah dia tandingi, juga masih tergolong etnik marginal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu,” jelas Stephen.

Justeru, kata Stephen, Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan selaku Timbalan Pengerusi PN telah mengambil langkah bijak mengusulkan nama Datuk Guan Dee kepada Perdana Menteri untuk seterusnya menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk melantik Datuk Guan Dee ke dua jawatan penting itu.

Stephen yang jugan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan, pelantikan Senator dan anggota Kabinet Malaysia bukan semata-mata berdasarkan populariti politik di kawasan yang pernah ditandingi.

Jelasnya, Dewan Negara dan DUN Sabah memperuntukkan pelantikan anggota dari kalangan pemimpin yang mewakili golongan minoriti tetapi telah menunjukkan pencapaian baik dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, serta memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh kepimpinan negara.

“Datuk Guan Dee telah menjadi orang penting bersama Dr Jeffrey dalam mewujudkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah serta Kerajaan PN di peringkat Persekutuan,” jelas Stephen yang juga berkeluarga dengan penduduk Sino Dusun di Menggatal.

Stephen menambah, selaku pengusaha sektor pelancongan sejak sekian lama, Datuk Guan Dee memiliki pengetahuan tentang selok-belok pelancongan di Sabah dan sudah pasti beliau memiliki rangkaian kerjasama pelancongan yang mampu memulihkan sektor berkenaan untuk menyumbang ekonomi negara pasca Pandemik COVID-19.

Sunday, April 25, 2021

STAR menangi Keningau, Tambunan dari PBS ketika pembangkang

 

TELIPOK: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah mampu mempertahankan 

STEPHEN
kerusi Parlimen Keningau serta DUN Tambunan dengan mudah kiranya berlaku pertembungan dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo berkata meskipun Setiausaha Agung STAR Datuk Guan Dee Ko Hoi tetap menyifatkan PBS sebagai rakan gabungan, namun akar umbi STAR tidak akan menyerahkan dua kerusi itu secara percuma kepada PBS.

“Akar umbi akan tetap mendesak STAR bertanding sekiranya PBS pimpinan Datuk Dr Maximus Ongkili terus menuntut meletakkan calon partinya di Keningau dan Tambunan,” kata Stephen.

Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan, andai pertembungan tidak dapat dielakkan, maka tiada masalah bagi STAR untuk mempertahankan dua kerusi berkenaan.

Ini kerana, katanya, Parlimen Keningau dan DUN Tambunan telah dimenangi Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan atas tiket parti pimpinannya ketika parti itu masih berada dalam pembangkang.

“Keadaan lebih memihak kepada STAR sekarang setelah menjadi gabungan kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan,” katanya.

Stephen, mantan Ahli Majlis Tertinggi PBS yakin, berdasarkan realiti politik sekarang, STAR memiliki laluan mudah mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan.

“Semua tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Keningau seperti Tambunan, Bingkor dan Liawan telah dimenangi calon STAR pada pilihan raya umum negeri lalu,” kata Stephen.

Menurut Stephen, ketika STAR memenangi Keningau dan Tambunan buat kali pertama, calon PBS diletakkan untuk mempertahankan dua kawasan itu tetapi kalah kepada STAR.


Friday, April 16, 2021

Pelantikan Guandee bukti keyakinan Putrajaya kepada STAR



Stephen dan Guandee

TELIPOK: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Karambunai menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung parti itu Senator Datuk Guandee Kohoi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan sebagai bukti keyakinan penuh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap peranan parti di Sabah dan Persekutuan.

Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo berkata jawatan itu yang disandang Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan sebelum Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah kekal dikosongkan sehinggi diisi apabila Guandee mengangkat sumpah  jawatan pada Jumaat.


Guandee mengangkat sumpah jawatan

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan merupakan antara kementerian penting untuk menjana semula pendapatan rakyat dan negara, justeru kita menaruh harapan STAR akan dapat membantu pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) berkata demikian sebagai menyambut gembira pelantikan Guandee ke jawatan berkenaan.

Guandee pada 16 April menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Timbalan Menteri Persekutuan yang baru di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Seperti yang telah dinyatakan Timbalan Presiden STAR Jalumin Bayogoh, jelas Stephen, pelantikan itu adalah tepat pada masanya dan sangat dialu-alukan oleh rakyat Sabah.

“Pelantikan itu dapat menjadi kesinambungan kepada rancangan-rancangan kementerian yang dibuat oleh Dr Jeffrey sebelum ini,” katanya.

Stephen turut melihat pelantikan itu sebagai satu penghargaan dan kepercayaan besar kerajaan pusat kepada STAR Sabah untuk terus berkhidmat kepada rakyat.


Guandee (kanan) dan Edward Linggu (tengah)
bersama pemimpin STAR Karambunai,
dari kiri Ponsius Solipat, Charles Arab,
Stephen Teo




 


Monday, April 12, 2021

STAR pemangkin kemenangan GRS DUN Karambunai, Parlimen Sepanggar

Ellron di Kg Lapasan Telipok, diiringi Stephen Teo dan Edward Linggu.


12/4/2021 TELIPOK: Penyertaan lebih 500 ahli baharu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari 12 cawangan dalam Bahagian Karambunai mampu menyumbang majoriti yang lebih besar kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah akan datang. 

Malahan tegas Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin, kewujudan STAR di bahagian baharu DUN Karambunai mampu memberi sumbangan terhadap usaha GRS menawan kawasan Parlimen Sepanggar dalam PRU tahun ini. 

“Saya minta ahli-ahli baharu untuk menyebarkan lagi kewujudan STAR di Bahagian Karambunai agar penduduk kampung-kampung yang belum berparti dapat menjadikan STAR sebagai wadah mereka menyalurkan aspirasi perjuangan,” katanya. 

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Keahlian Beramai-ramai ke dalam Parti STAR di kediaman Lius Solipat di Kg Lapasan di sini pada Ahad.

Kerajaan GRS yang memerintah Negeri Sabah dianggotai beberapa parti yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malayasia (PPBM), STAR, UMNO dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Turut hadir Pengarah Strategik STAR Edward Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo yang juga Ahli Lembaga Pengarah LIGS. 

Terdahulu dalam ucapannya, Stephen menyatakan pihaknya agak terharu dengan permintaan mendadak ramai penduduk kampung-kampung di kawasan DUN Karambunai untuk menyertai STAR. 

Namun demikian, jelas Stephen pihaknya maklum antara lain sebabnya ialah mereka selama ini khususnya selepas PRN lalu tidak mempunyai parti untuk memberi perhatian terhadap penyelesaian pelbagai masalah yang mereka hadapi. 

Kawasan DUN Karambunai ketika ini diwakili Datuk Yakub Khan dari UMNO, sementara Parlimen Sepanggar diwakili Datuk Azis Jaman dari Warisan. 

Kalangan ahli baharu dari 12 cawangan yang menyerahkan borang keahlian datang dari Kg Norowot, Kg Lapasan I, Kg Lapasan II, Kg Gantisan, Indah Permai, Kg Malawa, Kg Lapasan III, Kg Paniang, Kg Tuduon, Kg Suang Parai, Kg Salut dan Kg Gudon. 

ISU KARAMBUNAI: Stephen Teo berkata sesuatu kepada Ellron dan Edward.

LAPASAN: Lius menyerahkan keahlian STAR cawangan Lapasan II.

TANAH KAMPUNG: Mantan KK Ponsius Solipat memberi taklimat
tentang perkampungan Kg Tuduon kepada Ellron.