Thursday, August 25, 2022

KTC Bhd salur 20,000 roti bun, 500 kotak susu tepung melalui STAR

Dexter (kanan) menyampaikan 500 kotak susu tepung kepada Stephen.

KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Bhd sehingga kini telah menyalurkan produk pembuatan syarikat itu sebanyak 20,000 ketul roti bun dan 500 kotak susu tepung kanak-kanak untuk kalangan keluarga yang memerlukan.

Pengarah Eksekutif KTC Bhd Datuk Dexter Lau berkata sumbangan itu disalurkan melalui Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu kepada rakyat di negeri ini.

“Roti bun telah diagihkan ketika penghujung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tambahan kepada bantuan makanan sementara susu tepung fasa pertama sedang disampaikan kepada keluarga ibu-ibu tunggal yang memerlukan,” katanya.

Dexter menyatakan demikian ketika menyampaikan sumbangan CSR fasa pertama susu tepung kanak-kanak bawah 3 tahun kepada Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Kapitan Stephen Teo.

Stephen yang juga Ketua Bahagian STAR Karambunai menyambut baik sumbangan sosial KTC Bhd kepada rakyat negeri ini melalui parti itu dan memberi jaminan sumbangan berkenaan sampai ke golongan sasar.

Stephen ketika ini sedang mangagih-agihkan sumbangan susu tepung berkenaan kepada kalangan penerima yang telah dikenal pasti di seluruh negeri melalui 41 Bahagian STAR dalam kawasan luar bandar.

Stephen menyampaikan susu tepung kepada
Ketua Wiranita Karanaan.


 

No comments:

Post a Comment